Anugerah Juara Lagu Syamel

Syamel telah menarik diri daripada bertanding di separuh akhir Muzik Muzik 31 disebabkan isu lagu ciplak pada November 2016. Meskipun kecewa dengan penarikan dirinya di Muzik Muzik pada ketika itu, namun kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya.

Pada tahun 2017, dua buah lagu nyanyian dan ciptaan beliau, iaitu Lebih Sempurna dan Aku Cinta (duet bersama Ernie Zakri) berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 yang telah berlangsung pada 11 Februari 2018. Mereka telah berjaya membawa pulang anugerah Vokal Terbaik untuk lagu Aku Cinta sekaligus menewaskan penyandang bertahan Dayang Nurfaizah.[39]

Pada tahun 2018, lagu nyanyian dan ciptaan beliau bersama Kidd Santhe, iaitu Kau Pun Sama berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 yang telah berlangsung pada 03 Februari 2019.

Rujukan

WikiPedia: Syamel http://www.azhan.co/biodata-syamel-penyanyi-kelahi... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/af2015-su... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/era-digit... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kalahkan-... http://www.gempak.com/af-megastar http://www.gempak.com/artikel/14625/ini-finalis-to... http://www.gempak.com/artikel/1860/senarai-penuh-t... http://www.gempak.com/artikel/3257/kami-macam-adik... http://www.gempak.com/artikel/4605/syamel-aiman-ti... http://www.gempak.com/artikel/6600/af-megastar-ked...